Selamat datang ke laman rasmi pendaftaran Ma'had Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya'kub.
Ma’had Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya’kub adalah sebuah institusi pendidikan swasta dikelola oleh Majlis Islam Sarawak.

Hakcipta terpelihara © 2025 MATTARY
Laman rasmi pendaftaran murid
Direka bentuk oleh Nur Aidelia binti Rosli (Guru MATTARY)

Selamat datang ke laman rasmi pendaftaran Ma'had Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya'kub.

KURIKULUM MATTARY

Di bawah pengurusan Majlis Islam Sarawak (MIS), kurikulum baharu iaitu Kurikulum Bersepadu Tahfiz Sarawak (KBTS) telah digubal dan dilaksanakan bermula daripada Tahun 1 pada sesi persekolahan Januari 2021 bagi memantapkan pelaksanaan tahfiz di MATTARY.KBTS bertujuan untuk melahir dan membangunkan insan cemerlang yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif selain daripada menguasai kemahiran asas menulis, membaca, mengira, mentafsir, menghafal, dan menyebar ajaran Islam melalui pendidikan dan pembelajaran Al-Quran.KBTS dibina berasaskan lima komponen, iaitu Al-Quran, Hadith, Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan Akademik. Lima komponen tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif dalam melahirkan huffaz yang cemerlang.Al-Quran merupakan tunjang utama dalam KBTS yang disepadukan dengan elemen Kaffah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Melalui elemen Kaffah, murid didedahkan dengan perkaitan di antara subjek akademik seperti Sains, Matematik dan lain-lain dengan al-Quran dan hadits yang dipelajari.

Selamat datang ke laman rasmi pendaftaran Ma'had Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya'kub.

KO-KURIKULUM

Unit Badan BeruniformKelab dan PersatuanSukan dan Permainan
PengakapKelab UsahawanBola Sepak
Badan Bulan Sabit MerahKelab Bahasa & KebudayaanPermainan dalaman
Puteri IslamKelab FalakBola Jaring
-Kelab STEMRagbi

Selamat datang ke laman rasmi pendaftaran Ma'had Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya'kub.

HAL EHWAL MURID

Masa Persekolahan

TAHAPTAHUNMASA
1TAHUN 1 ,2 DAN 37.00 AM-4.30PM
2TAHUN 4, 5 DAN 67.00 AM-5.00PM

Kokurikulum dijalankan setiap hari Rabu dari pukul 4.00-5.30pm bagi murid Tahun 4,5 dan 6.

Struktur Yuran

  1. Ibu bapa boleh memilih untuk membayar yuran penuh berjumlah RM 3360 ATAU memilih untuk membuat permohonan Bantuan Pendidikan Baitulmal dan baki yuran RM360 dibiayai oleh ibu bapa.

  2. Bayaran yuran sebanyak RM360 dijelaskan semasa pendaftaran murid.

  3. Pihak sekolah tidak mengenakan bayaran yuran bulanan bagi murid yang telah memohon bantuan pendidikan TBS.

  4. Permohonan bantuan pendidikan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) boleh dimohon melalui portal rasmi TBS bagi murid yang lulus ujian kemasukan dan mendapat tempat di MATTARY.

  5. Ibu bapa boleh membuat permohonan melalui pautan di bawah.

No.Jenis YuranAmaun (RM)
1Yuran Sekolah2980.00
2Bahan dan Aktiviti370.00
*Jumlah Yuran3360.00
_Bantuan Pendidikan (TBS)3000.00
*Jumlah yuran dibiayai ibu bapa360.00

Pakaian Seragam

Poster oleh Izzah Syazani Zabidi

Selamat datang ke laman rasmi pendaftaran Ma'had Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya'kub.

GALERI MATTARY

Foto oleh: Khairudin Azahar & Faris Azri

Ma'had Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya'kub dilengkapi dengan fasiliti-fasiliti seperti bilik darjah, bilik sains, bilik studio, bilik komputer,dewan serbaguna, bilik sumber,dewan kuliah dan lain-lain lagi untuk memenuhi keperluan guru dan murid. Setiap bilik darjah dilengkapi dengan SMART TV , pendingin hawa dan kemudahan lain.Jumlah maksima murid dalam sebuah kelas ialah 22 orang sahaja bagi kelas akademik manakala kelas al-quran dan hafazan menempatkan hanya 15 orang murid.

Selamat datang ke laman rasmi pendaftaran Ma'had Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya'kub.

PENDAFTARAN MURID

Permohonan Kemasukan Tahun 1 Sesi 2026

--MAKLUMAN PERMOHONAN--1.Kelayakan umur : Kanak-kanak lahir pada 2 Januari 2019 sehingga 1 Januari 2020.
2.Dokumen : Salinan Mykid, sijil lahir murid serta salinan Mykad ibu bapa/penjaga hendaklah dimuatnaik ke dalam borang permohonan ujian kemasukan ke MATTARY Sesi 2026.
3.Permohonan ujian kemasukan ke MATTARY adalah secara dalam talian (online) sahaja.
4.Ujian Kemasukan: Murid akan menduduki ujian bertempat di Ma'had Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya'kub.
5.Sebarang perubahan akan dimaklumkan melalui laman rasmi pendaftaran MATTARY dan komuniti whatsapp ujian kemasukan.
--TARIKH PENTING & TINDAKAN--[Tarikh tutup pendaftaran] : 30 September 2025
[Tarikh ujian saringan] : 1 November 2025
--BORANG PERMOHONAN--Sila lengkapkan semua maklumat dengan tepat.Borang ini akan digunakan untuk proses pendaftaran.Daftar segera pada pautan berikut;